Tiada apa yang dapat dikatakan lagi atas sikap keprihatinan warga Selangor (saya fikir). Kerana dari Banting hingga ke Gombak, mereka sanggup datang, dan ada yang berulang-ulang kali datang untuk menambah sumbangan. Sifat murah hati dan tolong menolong tidak dapat disangkal. Biarlah walaupun sekecil-kecil sumbangan, namun ia mampu memberikan impak yang besar pada yang lain. Kita tidak seharusnya melihat dengan individuality tetapi wajib memandangnya secara totality.
Baru hari pertama Bantuan Banjir Pantai Timur diadakan, namun barangan keperluan telah menimbun kami terima. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada mereka yang menyumbang tidak kira dari segi wang ringgit, harta benda mahupun keringat. Jasa anda amat kami hargai apatah lagi pada mangsa bencana alam di Pantai Timur.
Misi pengumpulan barangan keperluan masih diteruskan hingga pada hari Sabtu 27 Disember 2014. Barangan seperti keperluan bayi dan air mineral amat kami perlukan sekarang ini berbanding pakaian. Stok pakaian yang kami terima pada hari ini boleh dikatakan overload :)
Terima kasih kepada individu yang penyayang, terima kasih kepada syarikat yang bermurah hati, terima kasih kepada siapa sahaja yang tolong memanjangkan mesej kami melalui media sosial. Anda tahu siapa anda..terima kasih sekali lagi!! ;)
No comments:
Post a Comment