Berakhir sudah misi bantuan yang dianjurkan. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada sukarelawan, dermawan dan belanja-wan yang tidak kenal erti penat lelah untuk menyumbang tenaga dan juga wang ringgit.
Hanya tuhan yang mampu membalas jasa baik kalian semua di dalam membantu menjayakan misi kami ini. Semua kutipan telah dikumpul dan dimuatkan ke dalam sebuah kontena 23 tan bersama sebuah lori 3 tan. Dan masih terdapat lagi lebihan sumbangan yang tidak dapat dimuatkan di dalam lori-lori kami. InsyaAllah lebihan sumbangan itu akan kami hantarkan kepada pusat pengumpulan di TUDM dan pusat-pusat lain.
Derma anda tetap akan kami panjangkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Apa yang kami minta sekarang hanyalah doakan kami selamat pergi, selamat menyerahkan barangan kepada mangsa dan selamat kami pulang semula ke Shah Alam. Lori-lori akan mula bergerak pada jam 11 malam ini [27 Dis. 2014] bersama 4 kereta pengiring. Lokasi utama adalah kawasan perkampungan yang jauh di dalam hutan. Kami akan bergerak dari Gua Musang hingga ke Pasir Mas. Doakan keselamatan kami. Tanpa anda semua, misi ini pasti gagal. Kamu semua memang warga yang prihatin dan pasti, yang paling OHSEMM!!
Video semasa keadaan di pusat pengumpulan pada hari terakhir >>> MobTV.my